adsense

Tuesday, February 25, 2025

Cara Pembelian Emas Public Gold dengan skim pembayaran ansuran mudah - EPP

 Public Gold

Easy Payment Purchase (EPP)

EPP adalah salah satu kaedah membeli dan memiliki emas fizikal secara bayaran bulanan yang dipanggil deposit sekuriti samada 6 bulan atau 10 bulan (jika ada promosi). Kaedah ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai pendapatan bulanan.

Konsep EPP adalah seperti anda beli emas pada masa hadapan dengan harga hari ini. Dengan kata lain, anda bayar dengan harga yang sama setiap bulan sebagaimana harga yang anda beli pada hari tersebut.

EPP disahkan patuh syariah. Apabila anda selesai pembayaran EPP setiap bulan, emas akan dipos secara berinsuran kepada anda.

Nota Ringkas Penerangan EPP

  • Kaedah EPP sesuai jika anda mempunyai pendapatan setiap bulan.
  • EPP boleh dibuat bagi tempahan emas yang bernilai RM1,000 ke atas.
  • Pembayaran bulanan EPP boleh dibuat melalui akaun public gold pada atau sebelum sebagaimana tarikh di dalam jadual pembayaran. Paling lewat 7 hari selepas tarikh bayaran bagi mengelakan tempahan terbatal.
  • Terdapat caj tambahan kecil yang dikenakan iaitu caj EPP Premium dan juga caj Gold Premium. Caj ini adalah sangat murah mengikut berat emas.
  • Jika tiada pembayaran dibuat sebagaimana jadual bayaran sehingga public gold membatalkan tempahan EPP atau anda ingin membatalkan tempahan EPP, maka anda akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 10% daripada jumlah harga tempahan.
  • Setelah selesai pembayaran EPP, emas akan dipos kepada anda melalui pos berinsuran bagi jumlah emas bawah 21gram dan bagi emas melebihi 21gram boleh dituntut di cawangan public gold yang terdekat.

Pembelian Emas EPP

Harga emas EPP dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Sebagai contoh, harga emas 10gram bungamas pada 27 Februari 2022 adalah RM2,781.

Jika anda tiada budget sebanyak itu, anda boleh beli 10gram bungamas samada melalui EPP6 atau EPP10.

Jika pilih EPP6 anda perlu bayar sebanyak RM459/bulan selama 6 kali dan jika pilih EPP10 anda perlu bayar sebanyak RM275/bulan selama 10 kali.

Jadi tidak perlu risau jika harga emas pada bulan-bulan akan datang naik tinggi kerana anda perlu bayar harga yang sama mengikut jadual.

Selepas habis pembayaran, emas tersebut akan menjadi milik anda dan boleh disimpan sendiri.

Hukum Membeli Emas Secara EPP

Pembelian emas secara ansuran adalah haram tetapi pembelian emas melalui kaedah EPP adalah patuh syariah. Kaedah EPP telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors pada 16 Disember 2016.

Apabila anda membuat EPP, itu adalah proses mengunci harga emas yang dipanggil “Waád” iaitu persetujuan untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Setelah itu, anda akan membuat pembayaran bulanan mengikut jadual yang dipanggil “Hamisy Jiddiyyah” iaitu deposit sekuriti.

Setelah selesai kesemua bayaran, baru lah akad jual beli antara anda dan public gold berlaku dan emas akan diserahkan kepada anda.

Jika anda sudah bersedia untuk memulakan simpanan emas, klik kotak di bawah untuk tutorial bagaimana cara untuk anda memulakan simpanan emas anda hari ini :

Nak Mulakan Simpanan Emas?

Mulakan Simpanan Emas Sekarang

Klik butang di bawah untuk hubungi saya sekiranya anda ada persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut sebelum memulakan simpanan emas.


Ir HASSAN SENAWI

Authorised Dealer Public Gold

Wednesday, February 19, 2025

Tutorial GAP - Pembelian Emas (Auto-Debit)

 

Tutorial GAP
Pembelian Emas (Auto-Debit)

Pembelian emas GAP melalui Auto-Debit adalah pembelian secara automatik setiap bulan mengikut jumlah, tarikh (effective date) dan tempoh pembelian yang anda tetapkan.

Duit akan ditolak dari akaun bank anda dalam tempoh 7 hari bekerja selepas effective date yang anda tetapkan dan gram emas akan dimasukkan ke dalam akaun GAP anda secara automatik.

Walaupun mengambil masa 7 hari bekerja untuk duit ditolak dari akaun bank anda, harga emas untuk setiap pembelian anda tetap berdasarkan harga emas pada effective date bulanan yang anda tetapkan.

Pihak bank akan mengenakan caj RM1 untuk mengaktifkan fungsi auto debit ini.

Anda boleh tukar jumlah pembelian bulanan pada bila bila masa (pihak bank akan kenakan caj RM1 untuk setiap penukaran)

Anda boleh hentikan fungsi auto debit ini pada bila bila masa (pihak bank akan kenakan caj RM1 untuk penamatan auto debit)

Rujuk langkah-langkah atau tutorial video di bawah untuk mengaktifkan fungsi auto debit : 

 

 

 

 

 

Kempen GAP Autodebit
(Cabutan Bertuah)


Public Gold menganjurkan satu kempen Cabutan Bertuah setiap bulan bagi siapa yang mengaktifkan simpanan emas di akaun GAP secara autodebit dengan potongan minima RM200

Banyak hadiah yang menarik ditawarkan termasuklah Goldbar 10 gram setiap bulan.


Cara Untuk Mulakan Simpanan Emas

 Public Gold

Cara Untuk Mulakan Simpanan Emas

Untuk memulakan simpanan emas, terdapat 4 langkah penting yang perlu anda lengkapkan:

STEP 1
Pendaftaran Akaun 

Beberapa perkara penting yang perlu anda ambil perhatian adalah :

  • Isikan nama penuh seperti dalam kad pengenalan.
  • Jika daftarkan akaun untuk diri sendiri dan anak-anak, gunakan email berbeza
    (buat email baru jika anak tiada email).

Untuk pendaftaran, sila klik butang "Daftar Akaun Public Gold" di bawah.

Pilih butang sama ada ingin mendaftar akaun yang berumur 18 tahun dan ke atas atau akaun yang berumur 18 tahun kebawah.

Kemudian, isi borang yang disediakan dengan lengkap dan klik butang "SUBMIT"

Selepas selesai pendaftaran, anda akan menerima 'akaun sementara' yang belum diaktifkan. 

 

DAFTAR AKAUN PUBLIC GOLD

             18 TAHUN KEATAS

 

            18 TAHUN KEBAWAH 


STEP 2
Download Mobile App

Download aplikasi 'PUBLIC GOLD' ke telefon anda. dari GOOGLE STORE


STEP 3
Pengesahan Akaun

Ikut langkah-langkah berikut: 

 

 

 

Pembelian Pertama

Tutorial GAP
Pembelian Emas (FPX)

Pembelian emas melalui akaun GAP boleh dilakukan melalui bayaran online (FPX)

Jumlah pembelian emas adalah 100% terpulang pada anda tetapi mestilah sekurang-kurangnya RM100 atau lebih.

Bayaran anda akan ditukarkan kepada gram emas berdasarkan harga emas semasa.

Rujuk langkah-langkah dibawah untuk buat belian melalui bayaran online.

 


 

 

 

Langkah Akhir

Selepas selesai kesemua empat langkah di atas, Whatapps saya untuk bimbingan berikutnya.

Untuk sebarang masalah berhubung simpanan emas melalui Public Gold, anda boleh menghubungi saya untuk bantuan kerana saya bertanggungjawab sepenuhnya bagi memudahkan urusan simpanan emas anda melalui Public Gold.

Langkah pertama saya dalam membimbing anda adalah dengan memasukkan anda ke dalam whatsapp group khas yang saya sediakan untuk semua penyimpan emas dibawah bimbingan saya dan segala maklumat terbaru berkenaan Public Gold akan saya kongsikan melalui whatsapp group berkenaan.

Anda dinasihatkan untuk segera kemaskini butiran akaun anda supaya proses tuntutan, jualan atau pajakan emas selepas ni lebih mudah. Klik butang dibawah untuk tutorial kemaskini butiran akaun. 

 

 

Tips Simpanan Emas Berkesan

Dalam simpanan emas, focus utama adalah mengumpul gram emas sebanyak mungkin bagi memaksimakan keuntungan.

  • Tetapkan tarikh tetap setiap bulan untuk menyimpan emas. Contohnya, jika gaji masuk pada setiap 1hb, buat simpanan emas pada setiap 2hb.
  • Simpan sekurang-kurangnya 1 gram setiap bulan dengan konsisten.
  • Jika harga emas jatuh menjunam, tambah simpanan GAP jika ada modal bagi meminimumkan purata kos pembelian emas secara keseluruhan.
  • Untuk bulan yang agak sesak, turunkan bajet simpanan dari 1gram kepada RM100.

Pokok pangkalnya, alihkan sebahagian gaji setiap bulan dengan konsisten . Biar sedikit tapi berterusan. InsyaAllah, sasaran simpanan 1 kilogram emas pasti tercapai suatu masa nanti.

Kaedah Memaksimakan Keuntungan Simpanan Emas

Jika anda benar benar komited untuk menyimpan emas, anda boleh memaksimakan keuntungan menyimpan emas dengan menyertai Public Gold Dealership Program.

Dengan menjadi dealer, anda akan menerima rebat tambahan setiap kali membeli atau menjual emas.

Anda juga berpeluang menjana pendapatan tambahan melalui bayaran royalti dari Public Gold.

 


DOWNLOAD APPS PUBLIC GOLD DARI GOOGLE STORE DAN PEMBELIAN PERTAMA

  STEP 1 Download Mobile App Download aplikasi 'PUBLIC GOLD' ke telefon anda. dari GOOG...