Public Gold
Easy Payment Purchase (EPP)
EPP adalah salah satu kaedah membeli dan memiliki emas fizikal secara bayaran bulanan yang dipanggil deposit sekuriti samada 6 bulan atau 10 bulan (jika ada promosi). Kaedah ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai pendapatan bulanan.
Konsep EPP adalah seperti anda beli emas pada masa hadapan dengan harga hari ini. Dengan kata lain, anda bayar dengan harga yang sama setiap bulan sebagaimana harga yang anda beli pada hari tersebut.
EPP disahkan patuh syariah. Apabila anda selesai pembayaran EPP setiap bulan, emas akan dipos secara berinsuran kepada anda.
Nota Ringkas Penerangan EPP
- Kaedah EPP sesuai jika anda mempunyai pendapatan setiap bulan.
- EPP boleh dibuat bagi tempahan emas yang bernilai RM1,000 ke atas.
- Pembayaran bulanan EPP boleh dibuat melalui akaun public gold pada atau sebelum sebagaimana tarikh di dalam jadual pembayaran. Paling lewat 7 hari selepas tarikh bayaran bagi mengelakan tempahan terbatal.
- Terdapat caj tambahan kecil yang dikenakan iaitu caj EPP Premium dan juga caj Gold Premium. Caj ini adalah sangat murah mengikut berat emas.
- Jika tiada pembayaran dibuat sebagaimana jadual bayaran sehingga public gold membatalkan tempahan EPP atau anda ingin membatalkan tempahan EPP, maka anda akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 10% daripada jumlah harga tempahan.
- Setelah selesai pembayaran EPP, emas akan dipos kepada anda melalui pos berinsuran bagi jumlah emas bawah 21gram dan bagi emas melebihi 21gram boleh dituntut di cawangan public gold yang terdekat.

Pembelian Emas EPP

Harga emas EPP dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Sebagai contoh, harga emas 10gram bungamas pada 27 Februari 2022 adalah RM2,781.
Jika anda tiada budget sebanyak itu, anda boleh beli 10gram bungamas samada melalui EPP6 atau EPP10.
Jika pilih EPP6 anda perlu bayar sebanyak RM459/bulan selama 6 kali dan jika pilih EPP10 anda perlu bayar sebanyak RM275/bulan selama 10 kali.
Jadi tidak perlu risau jika harga emas pada bulan-bulan akan datang naik tinggi kerana anda perlu bayar harga yang sama mengikut jadual.
Selepas habis pembayaran, emas tersebut akan menjadi milik anda dan boleh disimpan sendiri.
Hukum Membeli Emas Secara EPP

Pembelian emas secara ansuran adalah haram tetapi pembelian emas melalui kaedah EPP adalah patuh syariah. Kaedah EPP telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors pada 16 Disember 2016.
Apabila anda membuat EPP, itu adalah proses mengunci harga emas yang dipanggil “Waád” iaitu persetujuan untuk membeli emas dengan harga tertentu.
Setelah itu, anda akan membuat pembayaran bulanan mengikut jadual yang dipanggil “Hamisy Jiddiyyah” iaitu deposit sekuriti.
Setelah selesai kesemua bayaran, baru lah akad jual beli antara anda dan public gold berlaku dan emas akan diserahkan kepada anda.
Nak Mulakan Simpanan Emas?
Klik butang di bawah untuk hubungi saya sekiranya anda ada persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut sebelum memulakan simpanan emas.
No comments:
Post a Comment