adsense

Thursday, November 18, 2021

5 Bandar terbaik Yang Patut Anda Masukkan Jika Bertandang Ke Iceland

Rekjavik
 
Rekjavik merupakan bandar utama di Iceland. Populasi penduduk Iceland adalah sebanyak 366 ribu orang dan 122 ribu orang mendiami di Reykjavik sahaja.
Banyak lokasi best yang ada di sini seperti Sun Voyager, Hallgrimskirkja, Perlan, Blue Lagoon, Harpa dan nak tengok aurora tour pun ada di sini.
 
✅ Vik
 
Pekan Vik ini sangat remote dan mempunyai populasi lebih kurang 300 orang . Alang-alang dah datang Vik, boleh singgah Vikurkirkja Church yang menjadi landmark utama untuk bergambar di sini. Naik sahaja di Kawasan church, anda dapat lihat satu pekan Vik. Memang cantik sangat!
Dah sampai Vik, jangan lupa singgah Reynisfjara Black Sand Beach (lokasi penggambaran Star wars, star trek, game of thrones), dan kalau ke atas lagi lajak terus ke Jokulsarlon, Diamond beach dan boleh try tour yang explore glacier di situ. Memang best!
 
✅ Husavik
Pekan yang terletak di Utara Iceland ini merupakan Kawasan spot mudah untuk lihat ikan paus. Datang pekan ini, chances untuk dapat lihat ikan paus adalah tinggi kerana banyak ikan paus berlegar-legar di sini. Dah sampai Husavik, boleh singgah Whale museum dan buat aktiviti aurora di sini
 
✅ Seydisfjordur
Pekan yang terletak di Kawasan east Iceland ini mempunyai populasi kira-kira 600 orang. Elakkan datang sini kalau dah start masuk oktober dan ke atas sehingga bulan winter kerana jalan memang agak berbahaya dan licin. Namun, banyak view mountain yang sangat cantik di sini. Memang berbaloi datang!
 
✅ Grundarfjordur
Pekan small fishing village yang mempunyai populasi kira-kira 800 orang ini wajib anda datang. Lokasi picturesquare paling banyak di Iceland terdapat di sini iaitu Mount Kirkjufell.
Kirkjufellsfoss merupakan air terjun yang sangat cantik di sini. Kalau rajin hiking, anda boleh juga singgah terus dalam 20 minit hiking ke grundarfoss.
 

No comments:

Post a Comment