adsense

Sunday, November 28, 2021

Insta360 Go 2 Tanjung Penyabong, Mersing, Johor.

Jika anda melawat ke daerah Mersing, jangan lupa singgah di Pantai Tanjung Penyabong yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kota Tinggi serta 30 minit perjalanan ke arah utara dari Bandar Mersing.

Difahamkan bahawa nama Penyabong berasal dari kegiatan lanun-lanun yang tinggal disini suatu masa dahulu yang sangat gemar menyabong ayam. 
 
Pantai ini dulunya dikenali sebagai Pantai Pasir Lanun dimana pantai ini menjadi tempat persembunyian lanun disebabkan ketenangannya air lautnya dan adanya sumber air bersih. 
 
Terdapat kemudahan awam seperti jeti, pusat kraftangan, medan selera, tempat letak kenderaan, tandas dan sebuah taman awam untuk keselesaan penduduk tempatan dan pelancong. 










No comments:

Post a Comment

Majlis Resepsi Hafiz and Nina di Majestic Hotel Kuala Lumpur pada 24.11....

Nina Sabrina dan Hafiz Osman melangkah ke alam baharu sebagai pasangan suami isteri. Ikatan cinta yang terjalin kekal bahagia. Dikenali seb...