- Penginapan - Pengunjung yang ingin bermalam boleh menginap di resort, chalet dan homestay yang terdapat disini.
- Aktiviti pelancongan - Memancing, banana boat, sukan pantai dan lain-lain.
- Makanan - Gerai makan juga banyak disini.
- Gerai - Berbagai jenis gerai dibuka.
- Pondok berkelah - Sesuai untuk keluarga berkelah.
- Lokasi Berkhemah.
Aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan seperti senarai dibawah:
- Boating - Meronda dengan bot melihat pemandangan menarik disekitar kawasan berhampiran.
- Mandi laut - Air laut bersih dan jernih. Pantainya landai serta ombak juga tidak kuat. Pantai ini sangat sesuai untuk mandi-manda.
- Bermain bola tampar pantai.
- ATV.
- Melihat matahari terbenam.
- Flying fox
- Berkayak
- Memanah
- Memancing - anda boleh menyewa bot untuk memancing ditempat yang berhampiran.
- BBQ
- Perkhemahan - Tapak perkhemahan disediakan
Terdapat banyak chalet dan resort menarik di Teluk Senangin. Hampir semua chalet disini adalah milik penduduk tempatan. Lokasi chalet kebanyakannya memang terletak ditepi pantai. Kemudahan yang disediakan termasuk bilik berhawa dingin, katil queen, bilik mandi dengan tandas dan hot shower. Ada juga chalet yang menyediakan kemudahan untuk bbq.
Teluk Senangin adalah kawasan pantai yang sangat cantik. Pantainya
luas dan panjang. Ia adalah salah satu pantai
yang paling cantik di pantai barat semenanjung Malaysia.
Pantai Telok Senangin mungkin kurang dikenali kerana lokasinya yang terpencil dan jauh dari bandar Lumut. Walau bagaimana pun ia memberi satu lagi lokasi pilihan kepada pengunjung yang inginkan percutian di tepi pantai.
No comments:
Post a Comment