Kota purba Sanliurfa yang berusia 12,000 tahun terkenal sebagai kota para Nabi.
Di sinilah dikatakan tempat lahir Nabi Ibrahim. Di sini juga dikatakan terdapat tempat Nabi Ibrahim dibakar dan telaga Nabi Ayub.
Berada di kota Sanliurfa ini memang terasa berbeza dari bandar lain di Turki. Dikatakan sebagai "most Islamic city" di Turki ini, terasa betul suasana Islamicnya.
Makanan di sini pun lebih enak dan berasa berbanding di Istanbul.Sebabnya bahan mentah yang segar mudah didapati selain tukang masak di sini masih mengekalkan rasa asli masakan Turki tanpa lokek dgn bahannya.
Berdekatan bandar ini letaknya Gunung Nemrut yang terkenal dengan kepala berhala dibina sekeliling puncak gunung itu.
Kepala berhala itu ditemui secara tidak sengaja oleh jurutera Jerman Karl Sester ketika misi penerokaan untuk membina laluan pengangkutan di zaman Kerajaan Uthmaniah pada 1881.
Banyak lagi kisah menarik di sebalik gunung ini.
Nikmati dulu gambar menarik sebelum disana...
No comments:
Post a Comment