adsense

Sunday, April 10, 2022

Revisit Tangga Bradley / Krai di Kuala Krai, Kelantan.

Tangga Bradley (kini dikenali sebagai Tangga Krai) merupakan struktur yang dibina untuk digunakan sebagai tempat kawalan / bacaan paras Sungai Kelantan semasa musim tengkujuh.Tangga Bradley yang terletak di tebing Sungai Kelantan, bersebelahan dengan ibu pejabat Polis Dearah Kuala Krai, dalam Jajahan Kuala Krai, Kelantan ini mempunyai 81 anak tangga dan dengan ketinggian kira-kira 31 meter dari paras air normal sungai. 

Tangga Bradley dipercayai telah dibina pada tahun 1927 hingga 1929. Nama Bradley diambil sempena nama Ketua Pentadbiran Jajahan Kuala Krai pada masa itu, iaitu Gerald Bradley (1927 - 1955). Kegunaan utama Tangga Bradley adalah sebagai jeti perhubungan bagi penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Dabong, Sungai Pergau, Sungai Galas dan Sungai Lebir untuk menjual barangan hasil pertanian ke pasar Kuala Krai. 



No comments:

Post a Comment

Majlis Resepsi Hafiz and Nina di Majestic Hotel Kuala Lumpur pada 24.11....

Nina Sabrina dan Hafiz Osman melangkah ke alam baharu sebagai pasangan suami isteri. Ikatan cinta yang terjalin kekal bahagia. Dikenali seb...