Santuari Kelah terletak diSungai Petang adalah tempat pemuliharaan ikan kelah yang terletak di dalam kawasan Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke santuari ini dari Pengkalan Gawi mengambil masa 40 minit menggunakan bot laju. Ia diwartakan untuk perlindungan, pemeliharaan dan pembiakan ikan kelah. Aktiviti memancing adalah dilarang sama sekali di kawasan perlindungan ini bagi tujuan mengekalkan kawasan pembiakan semulajadi untuk ikan-ikan kelah. Apa yang istimewa tentang Pusat Santuari Kelah ialah pengunjung berpeluang untuk berenang dengan ikan kelah dan menangkapnya dengan tangan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang merasa pengalaman untuk menyentuh dan dikerumuni beribu-ribu ikan kelah dan membiarkan ikan-ikan ini menggigit kaki mereka dengan lembut.
Kelah Sanctuary located in Sungai Petang is a kelah fish conservation site located in the Kenyir Lake area. The travel distance to this sanctuary from Pengkalan Gawi takes 40 minutes by speed boat. It is gazetted for the protection, preservation and breeding of kelah fish. Fishing activities are strictly prohibited in this protected area for the purpose of maintaining the natural breeding area for kelah fish. What is special about the Kelah Sanctuary Center is that visitors have the opportunity to swim with the kelah fish and catch them by hand. In addition, visitors also have the opportunity to experience touching and being surrounded by thousands of kelah fish and let these fish gently bite their legs
.
No comments:
Post a Comment