
Harga emas per gram di akaun GAP adalah lebih murah apabila dibandingkan dengan emas fizikal 1 gm dan lebih ringan. Ini adalah kerana harga emas fizikal 1 gm dan lebih ringan dijual dengan harga retail dan bukan harga pasaran. Sebagai contoh, harga Bungamas 1 gm pada 1 Dis 25 ialah RM660 per gm. Harga 1 gm emas di akaun GAP pada tarikh yang sama hanyalah RM609 – lebih murah by RM51!
Tetapi harga emas fizikal 5 gm dan lebih berat adalah lebih murah per gram daripada harga emas di akaun GAP. Sebagai contoh, harga Bungamas 100 gm pada 1 Dis 25 ialah RM 60,366 atau RM604 per gm. Harga ini lebih murah by RM5 daripada harga emas di akaun GAP pada tarikh yang sama.
Itu sebabnya saya mengesyorkan klien untuk membeli emas di akaun GAP jika bajet mereka RM2,500 atau kurang.
Jika bajet mereka lebih daripada RM3,000, maka mereka akan lebih untung untuk terus membeli emas fizikal Bungamas 5 gm atau 5 Dinar dan lebih berat.
* Ambil perhatian yang harga emas semasa anda baca mesej ini akan berlainan daripada harga yang saya quote di atas. Tetapi prinsipnya tetap sama iaitu untuk beli emas fizikal 5 gm dan lebih berat. Jika bajet anda tidak cukup untuk beli emas fizikal 5 gm, beli emas di akaun GAP dahulu.
No comments:
Post a Comment