adsense

Saturday, January 22, 2022

Oman, A Hidden Jewel of the Middle East

Do you know that Oman has many beautiful wadis and also home to some of the most magnificent geological formation and natural surroundings?
 
Even in this modern world, Oman has strive to maintain its local heritage and the way of life held for many centuries.  
 
Discover the wonders that Oman has to offer among others :-

Bimmah Sinkhole - Bimmah sinkhole was formed in limestone by the collapse of a large cave chamber. Earlier locals believed that this hole was formed by a meteorite ("piece of Moon")
 
 
Wadi Shab - is one of the top highlights of Oman. The narrow canyon is home to crystal clear blue water pools and also a secret waterfall inside a cave. 
 


 
Wadi Abyadh - is a wadi located in Nakhal, in the South Al Batinah region of Oman. The name of the wadi is in reference to the white color of its water pools, which is likely due to carbonate rocks in the region


Sultan Qaboos Mosque - Sultan Qaboos Grand Mosque is one of the largest mosques in the Persian Gulf, and the only mosque in Oman open to all beliefs. Built from 300,000 tons of white Indian sandstone and sitting at a spectacular 103 acres, it's a jaw-dropper, and certainly one of the most spectacular mosques in the world.
 
Image by Makalu from Pixabay


and many many more exciting things to discover in Oman ..

Friday, January 21, 2022

Gunung Nemrut dan kota Sanliurfa, Turki

Kota purba Sanliurfa yang berusia 12,000 tahun terkenal sebagai kota para Nabi.
 
Di sinilah dikatakan tempat lahir Nabi Ibrahim. Di sini juga dikatakan terdapat tempat Nabi Ibrahim dibakar dan telaga Nabi Ayub.
 
Berada di kota Sanliurfa ini memang terasa berbeza dari bandar lain di Turki. Dikatakan sebagai "most Islamic city" di Turki ini, terasa betul suasana Islamicnya.
 
Makanan di sini pun lebih enak dan berasa berbanding di Istanbul.Sebabnya bahan mentah yang segar mudah didapati selain tukang masak di sini masih mengekalkan rasa asli masakan Turki tanpa lokek dgn bahannya.
 
Berdekatan bandar ini letaknya Gunung Nemrut yang terkenal dengan kepala berhala dibina sekeliling puncak gunung itu.
 
Kepala berhala itu ditemui secara tidak sengaja oleh jurutera Jerman Karl Sester ketika misi penerokaan untuk membina laluan pengangkutan di zaman Kerajaan Uthmaniah pada 1881.
 
Banyak lagi kisah menarik di sebalik gunung ini.

Nikmati dulu gambar menarik sebelum disana...








Sunday, January 2, 2022

12 Air Terjun Yang Patut Anda Singgah Bila Travel Ke Iceland

Waterfalls atau air terjun merupakan Kawasan hot spot lokasi bagi semua pelancong serata dunia bila bertandang ke Iceland. Sememangnya air terjun di Iceland merupakan yang paling tercantik dan yang terbesar  di dunia,

Setiap air terjun mempunyai kisah sejarahnya yang tersendiri dan kawasan picturesquare yang paling top di dunia!

Dengan landskap Iceland yang terdiri daripada geysir, geothermal, iceberg, volcano, black sand beach, moss, waterfalls dan banyak lagi, anda tak seharusnya lepaskan peluang untuk travel ke sini sekali seumur hidup.

Dah datang Iceland, jangan lupa singgah semua atau sebahagian air terjun ini. Memang tak rugi & cukup puas hati.  12 Air Terjun yang cukup mengagumkan ini ialah

Air Terjun Belah Selatan Iceland

1. Gulfoss
2. Skogafoss
3. Seljalandfoss
4. Svartifoss

Air Terjun Belah Utara Iceland

5. Dettifoss
6, Aldeyjarfoss
7. Godafoss
8. Hrafnabjargafoss

Air Terjun Belah Barat Iceland

9. Kirkjufellfoss
10. Hraunfussar
11. Dynjandi waterfall

Air Terjun Belah Timur Iceland

12. Hengifoss

Setiap lokasi air terjun CONFIRM menjanjikan pemandangan yang cukup indah dan setiap lokasi ini juga spot paling best untuk dapatkan aurora!
 

 

 
 







Friday, December 31, 2021

Sa Pa syurga tersembunyi di Vietnam

Sa Pa ialah sebuah pekan gunung kecil di Wilayah Lao Cai. Ia terletak kira-kira 350 km barat laut Hanoi, berhampiran dengan sempadan China. Di sinilah anda akan menemui rangkaian gunung Hoang Lien Son, termasuk Fan Si Pan—puncak tertinggi di negara ini.

Pekan Vietnam yang tenang ini adalah rumah kepada kumpulan etnik yang berbeza. Terdapat lima kumpulan etnik utama di Sapa: Hmong, Dao, Tay, Giay dan Xa Pho. Dikatakan bahawa Sapa mula-mula diduduki oleh empat kumpulan pertama, kerana orang Vietnam dari dataran rendah (lebih dikenali sebagai Kinh) tidak menjajah lembah tertinggi.

Hari ini, Sapa mengalu-alukan pelbagai pengunjung, tertarik dengan puak tanah tinggi, sawah padi yang ikonik dan trek hutan. Seluruh kawasan diberkati dengan keindahan alam semula jadi yang mengagumkan.
 
Pangkalan trekking yang popular, ia menghadap ke sawah teres di Lembah Muong Hoa, dan berhampiran puncak Phang Xi Pang setinggi 3,143m, yang boleh didaki melalui jalan kaki berpandu berbilang hari yang curam. 
 
Tempat pelancongan terindah di dunia, Sa Pa memang menyajikan pemandangan yang sangat indah, di sini anda dapat melihat pemandangan indah yang serupa dengan lukisan melihat pergunungan berjajar dan rapi, sawah hijau di lereng gunung, dan sekitar Sa Pa.
 
Selain itu, dapat melihat tanaman berwarna-warni yang akan memberikan kesan pemandangan semula jadi yang indah, oleh itu Sa Pa layak dipanggil surga tersembunyi di Vietnam bagi pelancong yang pernah mengunjungi tempat ini.
 
Silver Waterfalls, Sapa 
Source: Blue Planet Studio / shutterstock
 
 Sapa Lake 
 Source: tum0147 / shutterstock
 
Tram Ton PassSource: SATHIANPONG PHOOKIT / shutterstock
 
 Sapa MarketSource: charnpui / shutterstock
 
Muong Hoa ValleySource: Bule Sky Studio / shutterstock
 
Rice Field near SapaSource: JunPhoto / shutterstock
 

Monday, December 27, 2021

Pantai Telok Senangin, Perak.


Teluk Senangin di Perak merupakan salah satu lokasi menarik untuk percutian. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan sentiasa menjadi lokasi perkelahan penduduk setempat. Deretan pokok-pokok rhu ditepi pantai pula menambah keindahan disini. Bagi anda yang ingin pergi bercuti, suasana damai dan keindahan Teluk Senangin pasti memberi ketenangan yang anda inginkan.
 
Tarikan utama di Teluk Senangin ialah pantainya yang cantik, berpasir halus dan laut yang berombak kecil sesuai untuk mandi laut. Kemudahan perkhidmatan pelancongan juga ada disediakan olih operator tempatan untuk kegunaan pengunjung seperti:
  • Penginapan - Pengunjung yang ingin bermalam boleh menginap di resort, chalet dan homestay yang terdapat disini.
  • Aktiviti pelancongan - Memancing, banana boat, sukan pantai dan lain-lain.
  • Makanan - Gerai makan juga banyak disini.
  • Gerai - Berbagai jenis gerai dibuka.
  • Pondok berkelah - Sesuai untuk keluarga berkelah.
  • Lokasi Berkhemah.

Aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan seperti senarai dibawah:

  • Boating - Meronda dengan bot melihat pemandangan menarik disekitar kawasan berhampiran.
  • Mandi laut - Air laut bersih dan jernih. Pantainya landai serta ombak juga tidak kuat. Pantai ini sangat sesuai untuk mandi-manda.
  • Bermain bola tampar pantai.
  • ATV.
  • Melihat matahari terbenam.
  • Flying fox
  • Berkayak
  • Memanah
  • Memancing - anda boleh menyewa bot untuk memancing ditempat yang berhampiran.
  • BBQ
  • Perkhemahan - Tapak perkhemahan disediakan

Terdapat banyak chalet dan resort menarik di Teluk Senangin. Hampir semua chalet disini adalah milik penduduk tempatan. Lokasi chalet kebanyakannya memang terletak ditepi pantai. Kemudahan yang disediakan termasuk bilik berhawa dingin, katil queen, bilik mandi dengan tandas dan hot shower. Ada juga chalet yang menyediakan kemudahan untuk bbq. 

Teluk Senangin adalah kawasan pantai yang sangat cantik. Pantainya luas dan panjang. Ia adalah salah satu pantai yang paling cantik di pantai barat semenanjung Malaysia.

Pantai Telok Senangin mungkin kurang dikenali kerana lokasinya yang terpencil dan jauh dari bandar Lumut. Walau bagaimana pun ia memberi satu lagi lokasi pilihan kepada pengunjung yang inginkan percutian di tepi pantai.


 

Thursday, December 23, 2021

Waterfall @ Melawati...

 There was a place at Taman Melawati where you can enjoy waterfall while having a coffee break!. Go and find out yourself...


Monday, December 20, 2021

Antelope Canyon, lembah dalam yang menawan di Amerika Syarikat

 

Antelope Canyon ialah ngarai (kanyon atau gaung ialah jurang dalam di antara cenuram yang terukir) di Barat Daya Amerika, di tanah Navajo di timur Page, Arizona. Ia termasuk dua bahagian ngarai slot berasingan yang indah, dirujuk sebagai Upper Antelope Canyon (atau The Crack), dan Lower Antelope Canyon (atau The Corkscrew).

▪️Navajo untuk Upper Antelope Canyon ialah Tsé bighánílíní, yang bermaksud 'tempat air mengalir melalui batu'.
▪️Lower Antelope Canyon ialah Hazdistazí (lengkungan batu lingkaran). Kedua-duanya berada dalam Bab LeChee Negara Navajo.
▪️Antelope Canyon adalah lembah yang mempunyai kedalaman dalam yang diapit oleh dua tebing yang indah.
▪️Antelope Canyon terbentuk kerana air dan angin yang menjadikan batu pasir Navajo ini mempunyai bentuk yang indah, untuk membentuk semua ini memakan waktu yang sangat lama.
▪️Tempat ini memang tempat yang indah kerana ketika dinding Antelope Canyon dipantulkan oleh cahaya, ia memberikan warna yang indah, inilah yang menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia.
▪️ Pelancong yang kesana biasanya melakukan aktiviti mendaki dan berkhemah untuk melihat betapa indahnya Antelope Cayon dipantulkan oleh cahaya matahari.
▪️Waktu terbaik yang perlu datang kesana sebaiknya pada musim panas kerana sinar matahari akan menerobos celah-celah di tebing dan akan terlihat pemandangan yang sangat cantik.
 
 


 


PUBLIC GOLD AUTO DEBIT - GAP.

Kalau setiap bulan kena buat 'decision' (keputusan) dulu baru nak menabung, ia tak akan membuatkan kita kaya.  Kejayaan ...